KUALA LUMPUR 5 Julai – Syarikat pemaju hartanah MCT Bhd, (MCT) berhasrat melancarkan projek harta­nah baharu bagi tahun kewangan 2019 dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM650 juta.

Ketua Pegawai Kewangan MCT, Susan Secreto berkata, projek baharu itu termasuk bagi pembinaan Sanderling Lakefront Residences @ Cyberjaya, Casa Bayu @ CyberSouth dan Alira @ Metropark Subang.